|
|
| Friday, 24-Aug-2007 05:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 30-Apr-2007 08:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Wishlist...
|
|
vvvvvv
Wishlist aku n hubby nak buat/beli utk our baby yg bakal lahir bulan 8. Alah membeli, menang memakai. Hubby aku ckp tak kisah mahal sikit, asal berkualiti dan boleh pakai untuk 2-3 orang anak lagi (itupun kalo tak jahanam ler).
1. StemLife - Cord blood banking. Idea dr hubby aku yg beria-ria nak simpan stem cell baby kami. Tp mmg bagus pun ada service ni, byk penyakit leh cure. Lagipun tgh promotion, bayar terus utk simpan selama 20 tahun + dapat insurance.
2. AVENT Breast Pump Set - Yah, susu ibu adalah susu terbaik. Package contains microfibre bag, ISIS breast pump, 2x125ml bottles, 2x260ml bottles, 2 newborn teats, 2 dome caps, 2 flexible cool packs, 8 disposable breast pads.
3. AVENT Express Bottle & Babyfood Warmer- to warm breast milk or milk formula in around 4minutes.
4. BRAUN Baby thermometer - Important...Senang nak monitor body temperature.
5. AVENT Newborn Starter Kit - Kalau perlu, baru beli.
6. AVENT Express IQ Electronic Steam Steriliser - Just 6minutes to sterilise 6 botol sekaligus.
7. Car Bottle Warmer - Dalam kereta pun perlu satu, tak kelam kabut nak membancuh susu nnt.
8. Quinny Zapp Complete Set - Car Seat, set stroller, rain cover & bag. Hubby aku suka sbb stroller plg flexible, boleh pakai dgn car seat n boleh lipat sampai kecik.
9. Clearview clipper - Jari baby halus, mata aku kurang kanta...kena ler pakai clipper yg berkanta.
10. Nasal Aspirator & Ear Syringe Set - Sedut hingus baby.
11. Baby Art Magic Box - Memories.....
12. Safe n Sound Natural Latex Playpen Mattress
13. Safe n Sound Natural Latex Baby Pillow and Cover Set
14. Safe n Sound Thermal Baby Blanket
15. Deluxe Playpen - Mudah alih, sng nak pindah randah sbb aku duduk rumah mak sendiri n rumah mak mentua.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 17-Apr-2007 15:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Macam Tak Percaya
|
|
|
Lama dah tak menjeguk kat page sendiri. Bukan apa, cuma masih dalam keadaan separuh tak percaya yg aku sekarang ni dah berteman.Teman yg paling-paling rapat....kami berkongsi satu nafas, berkongsi satu rasa. Alhamdulillah..pejam dan celik sudah hampir masuk 6 bulan aku mengandung. Saat yg paling aku dan suami aku nantikan.
Ada beberapa perkara nak aku kongsi bersama. Macam-macam perubahan yg aku alami sepanjang tempoh hamil ni.
1. Kuat minum kopi. Lebih-lebih lg kopi kampung yg hitam pekat dan likat. Mmg aku tau tak elok amik kafein, tp tak mampu aku nak lawan keinginan dgn fakta. Satu yg aku belajar, secawan kopi boleh menyebabkan aku ke tandas setiap 2-3 minit sekali berbanding minum minuman lain.
2. Menangis yg tak berpunca. Kalau aku makan sesuatu yg aku teringin walaupun makanan tu selalu aku makan, aku akan rasa satu perasaan yg makanan tu terlalu sedap dan air mata aku akan bergenang. Pernah gak menangis kat kedai makan, malu suami aku. Terlewat tidur, terlalu letih dan terlewat makan antara faktor lain yg menyumbang kearah perasaan mengada-ngada aku ni.
3. Ingin bercuti atau makan angin. Sepanjang tempoh hamil, aku suka betul pergi bercuti. Tak kisahlah, balik kampung, bersiar tepi pantai, cuci mata di Padang Besar, makan bihun sup di Kuala Perlis atau jalan-jalan di KL . Yg penting, aku nak berdua dgn suami aku. Kadang-kadang kami hanya naik kereta dr rumah aku ke Ipoh atau Setiawan sudah cukup buat aku puas hati.
4. Gemar membeli bahan bacaan, tapi tak pernah baca. Buku seperti nama-nama bayi dan amalan diwaktu kehamilan byk jugak yg aku beli. Tapi, tak pernah aku habis baca. Kepuasaan membeli dan mengumpul lebih tinggi nikmatnya dari membaca.
5. Beli supplement. Aku dah beli Obimin, Folic Acid, Susu Anmum, Salindah, Kismis dan Pil Calcium. Dari awal mengandung sampai ke 6 bulan aku hamil, satu botol pun tak ada yg habis aku telan. Sekadar buat syarat membeli je. Pakcik aku ckp, lepas bersalin..semua supplement tu boleh letak dlm almari perhiasan buat mcm muzium.
6. Yang wangi itu sebenarnya busuk. Sabun mandian atau shower gel LUX, Dettol dan Body Shop yg pernah aku gunakan dulu, bagi aku baunya teramatlah busuk.
7. Semakin penakut. Aku dah tak berani tidur sorang atau tinggal rumah sendirian. Kalu suami aku offshore, adik aku jadi mangsa temankan aku.
8. Malas driving. Jgn mengharap utk aku driving saat2 ni. Bukan takut, tp totally malas nak pengang stereng, tolak gear dan tekan minyak. Duduk sebelah driver lg enjoy...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 30-Oct-2006 08:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
Raya.. Tahun ni aku beraya dengan cara yg agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.Sebelum ni, baju raya ikut tema color yg mak abah aku pilih, termasuklah kat kampung mana nak raya dulu. Tahun ni, memandangkan suami aku dapat peluang beraya...aku buat pertama kali menjalankan tugas 'isteri' mcm mak aku buat setiap tahun. Dari memilih color baju raya utk kami berdua, tambah tolak duit raya, beli buat kuih raya hinggalah pilih kampung nak beraya.
Suami aku setuju nak beraya dgn keluarga sebelah aku di Kg Pauh, Perak dan Jitra,Kedah dari hari raya pertama hingga ke-4. Enjoy sakan le aku, sbb 2 tahun sekali, adik beradik sebelah abah aku berkumpul di kampung kat Perak. Dah jadi rutin, lepas berbuka utk hari terakhir berpuasa, kami akan berkumpul utk main bunga api dan mercun. Tp, tahun ni, masing-masing hulur duit utk buat BBQ sambil main mercun dan bunga api.
Semoga raya tahun depan berbeza dengan raya tahun ni. Harap-harap aku dapat bagi mak abah aku dan mentua aku beraya dengan cucu sulung. Amin....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 24-Oct-2006 17:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Shopaholic Series
|
|
Walaupun aku belum habis baca My Best Friend's Girl, aku mula dah naik semangat utk beli novel lain. Dalam erti kata lain, aku dah mula berminat untuk membaca. Lagipun, husband aku siap bagi peruntukan utk beli novel sbg tanda sokongan atas hobi baru aku. Sbg org 'baru' dlm hobi ni, aku byk tanya & minta pandangan kawan-kawan aku... nak tau novel-novel yg bess. Makanya, kengkawan aku suruh aku cuba satu series Shopaholic.
Susah jugak nak cari stok Shopaholic, sebab novel-novel tu dah released beberapa tahun lepas. Cari punya cari, aku jumpa semua series kat POPULAR, IKANO. Aku beli 1 & 2. Yang selebihnya, aku guna voucher yg aku dapat dr bil ASTRO. Dapatlah jimat 25% untuk 2 buah novel.
Kalau ada sesiapa yg boleh bg cadangan novel yg menarik utk dibaca, tolonglah...tolonglah bagitau samaku. Lebih kurang macam membantu dan menyokong hobi baru aku ni le.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Oct-2006 16:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Buku Pertama
|
|
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
Aku memang bukan sorang yang suka membaca, tapi aku suka beli & kumpul majalah-majalah. Kenapa aku beli kalau tak baca? Sebab, aku nak tengok gambar-gambar dalam majalah. Aku rasa puas kalau dapat beli satu majalah semata-mata nak belek gambar-gambar.
Tapi untuk pertama kali dalan sejarah hidup aku, yg aku sendiri tak pernah terfikir..aku beli satu novel lepas aku puas ronda satu MPH The Curve... My Best Friend's Girl . Aku nampak cover novel tu menarik, aku amik..bayar..bawak balik. Sedangkan aku tau aku takkan baca. Hari ke-4 lepas beli novel tu, aku buka mukasurat pertama. Baca baris pertama..lepas tu baris kedua..baris ketiga..keempat dan abis satu mukasurat. Aku tak sedar entah bila aku dah abiskan 2 chapter dalam masa setengah jam. Mula saat tu, aku rela makan depan novel ni, mandi aku lewatkan, tidur aku abaikan.Kesimpulannya, aku dah mula ketagihan novel. Kalau dari dulu aku rajin membaca, sah-sah aku dapat kelas pertama utk ijazah.
My Best Friend's Girl:
What would you do for the friend who broke your heart?
Best friends Kamryn Matika and Adele Brannon thought nothing could come between them - until Adele did the unthinkable and slept with Kamryn's fiance, Nate. Worse still, she got pregnant and had his child. When Kamryn discovered the truth about their betrayal she vowed never to see any of them again.
Two years later, Kamryn receives a letter from Adele asking her to visit her in hospital. Adele is dying and begs Kamryn to adopt her daughter, Tegan. With a great job and a hectic social life, the last thing Kamryn needs is a five-year-old to disrupt things. Especially not one who reminds her of Nate. But with no one else to take care of Tegan and Adele fading fast, does she have any other choice?
So begins a difficult journey that leads Kamryn towards forgiveness, love, responsibility and, ultimately, a better understanding of herself.
Komenku: Cerita yang ringkas dan konflik yang agak sederhana. Ada ketika pembaca dapat meneka apa yg bakal berlaku, dan adakalanya tekaan pembaca tersasar. Dari sinilah, penulis cuba mempengaruhi pembaca utk terus membaca dan merungkai konflik yg ada terutama ketika Kamryn memilih haluan cintanya. Watak Kamryn yg tenang, mesra dan menarik (walaupun dia berkulit gelap) memberi impak kuat dalam novel ini apabila dia diketengahkan sbg seorang sahabat baik kepada Adele (berkulit putih) dan mempunyai 2 kekasih yg ingin berkongsi cinta, ketenangan & ketabahan Kamryn.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 17-Oct-2006 03:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Convocation
|
|
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 21-Mar-2006 15:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 21-Mar-2006 14:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
After 15 years .....
|
|
vvvvv
Kali terakhir aku gi Zoo negara, waktu tu umur aku 9 tahun. Baru-baru ni, nasib baik suami aku setuju nak teman aku gi jejalan kat Zoo Negara. Teringin nak tengok apa yg berubah, apa yg diubah. Kandang monyet, main entrance, kandang gajah dan tempat pertunjukan utk ikan lumba n singa laut, yg pastinya masih kekal macam dulu.
Sayangnya, kami tak sempat nak tgk aksi gajah dgn pelatih (sbb hujan lebat), tp.. berkesempatan tengok singa laut buat aksi lompat2, bawak bola (itupun dah terlepas aksi orang iutan n burung kakak tua)
Lebih seronok, bila teringat zaman kanak-kanak aku kat Zoo Negara..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 21-Jan-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
New Waja + New Engine + New Car
|
|
vvvvv [
|
|
|
|
|